becauce she is en mantol's wife

Friday, January 2, 2015

Penyimpanan Susu Ibu

Bagi ibu2 bekerja diluar yg bercadang nk fully bf mesti tercari2 cara nak simpan susu ibu kan. Mcm aku la, niat tu memang nak fully bf slagi boleh.

From blog kwn kita ni, boleh dijadikan rujukan untuk ibu2 n bakal ibu2 kat luar yer.. http://wanisuryanie.blogspot.com/2014/02/m2b-cara-cara-penyimpanan-susu-ibu.html


Pembacaan dan pemahaman terhadap cara penyimpanan susu ibu ni penting utk menglakkan pembaziran. Caranya, simpan susu dlm 1-4 auns dalam setiap botol atau plastik khas yang bertanda tarikh dan masa perahan. Ini memudahkan kita masa nk panaskan susu tu nnt, dimana kita akan tak keliru susu mana yg perlu dipasakan dahulu. Simpan susu tanpa menambah air.

Cara mencaikan susu:
1. Cairkan secara perlahan2 - letakkan di dalam peti ruangan biasa, susu akan cair dalam masa 12 jam. Bermakna letakkan susu malm sebelm tido. Elakkan membiarkan susu pada suhu bilik.
2. Cairka secara cepat - letakkan bekas di bawah air yg mengalir (air paip)

Cara memanaskan susu:
1. Rendamkan susu dalam air panas
2. Panaskan susu menggunakan "warmer".
Jgn panaskan susu menggunakan microwave atau pemanasan langsung

Lemak susu akan naik dipermukaan atas susu semasa proses penyimpanan, sebatikan dahulu dengan mengacau secara perlahan-lahan sebelum diberikan kepada bayi anda. Elakkan daripada menggoncang susu tersebut.

Sekiranya susu tidak habis diminum, susu boleh disimpan semula ttp pastikan dalam tempoh 1-2 jam sebelum.


No comments:

Post a Comment