Ari ni godek2 kat PAMA online, terbaca pasal kenapa perlu sendawakan baby dan cara nak sendawakannya....
Amat penting sekali anda sendawakan bayi kerana selepas menyusu, sejumlah kecil udara akan ikut serta masuk ke dalam badan bayi anda. Udara ini akan terperangkap dalam perut bayi. Oleh sebab udara ini tidak boleh keluar dengan sendiri, anda perlu sendawa bayi anda. Sendawa bayi adalah cara mengeluarkan udara yang terperangkap. Jika tidak dilakukan, udara yang terperangkap akan membuatkan bayi tidak selesa dan juga amat berbahaya. Keadaan inilah yang akan menyebabkan bayi tersedak susu apabila anda terus menidurkan bayi tanpa sendawakan terlebih dahulu. Kembung perut (kolik) juga berlaku disebabkan anda tidak sendawakan bayi. Tanda-tanda bayi mengalami kolik ialah bayi berumur kurang daripada 3 bulan, menangis dan menjerit, kaki ditarik ke dada semasa menangis. Tangisan yang berlaku pada masa lebih kurang sama tiap-tiap hari.
Terdapat 4 cara nak sendawakan baby ni iaitu :
1. Bahu - Gendung bayi anda posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Usap perlahan bahagian belakang sehingga dia sendawa
2. Meniarap di pangkuan - Meniarap bayi anda pada salah satu paha anda. Kemudian usap-usap belakangnya dengan perlahan-lahan. Pastikan kepala bayi lebih tinggi dari badannya
3. Duduk menghadap ke depan - Biarkan bayi anda duduk dalam pangkuan anda dengan selesa. Condong ke depan, gosok dan tepuk-tepuk punggungnya dengan jari-jemari anda sehingga udara dalam badannya keluar
4. Dukung - Dukung bayi sambil mengajaknya berjalan-jalan di dalam rumah, gunakan sebelah tangan anda untuk menggosok bahagian belakangnya
Semoga bleh dijadikan panduan pada bakal mummies2 smua....
No comments:
Post a Comment