becauce she is en mantol's wife

Monday, November 11, 2013

PAC + INTERVIEW Pegawai Penerangan

Pada 29/8/13 yg lepas, aku ad attend exam Peg Penerangan (Pelajaran Kesihatan). Aku exam area KL sbb klu nk balik ganu rasa cam jauh, kebetulan plak exam tu ari khamis. So kna la AL sehari. Aku g ngan taxi cos x tau hotel tu kat mana....then balik ngan monorail sbb rupanya hotel tu dkat dgn monorail Tun Sambatan....hehehe.

Actually time exam tu....aku tau yg post tu Peg Penerangan S41 (Pelajaran Kesihatan) tp aku x sangka plak soalan memang menjurus ke situ. Sbb be4 this aku attend exam Penguasa Kastam, PTD, Pegawai Penerangan, Peg Tadbir semua soalan Bahagian 1 tu, soalan umum. Mean, pengetahuan am. Tp kali ni 30/40 soalan bahagian 1 adalah berkenaan kesihatan n 10/40 sahaja pengetahuan am. Alamak..aku dh cuak dah..ye la, aku langsung x sangka. Tp nk x nak dh hdir...teruskan la.

Berkali-kali pegawai exam nasihatkan supaya cek betul2 nama n ic yg dihtamkan. Sbb ramai yg salah isi n x dpt meneruskan ke PAC n interview.

Then Bahagian 2, asei BM n BI berjalan macam biasa. Time solat zohor, terdengar juga yg sembang. Ad yg dh memang keje kat KKM hadir exam tu...untk knaikan pangkat. Dlm ati aku ckp, diorng dh fmiliar, mesti blh jawab soalan bahagian 1 tadi.huhuhu...Around kul 3 dah boleh balik.

Tengah aku nk bersiap2 nk g keje, tiba2 surat panggilan exam Peg Penerangan terjath then aku pn teringatla...result bulan 9...adeh berdebarnya...

Alhamdulillah aku lulus exam tu...this is forst time aku lulus exam n dipanggil utk PAC n interview. Sebelum ni S41x de exam...terus panggil interview tp blom ada rezeki. Harapan semoga PAC n interview kali ni aku berjaya....amin...

PAC ni dibuat hujung minggu...klu sebelum ni PAC 2 hari tp sbb2 tertentu PAC just sehari. Jenuh aku wat servey kat internet rupanya ni jwtan baru...so x ramai lgi yg post pasal jawatan ni.

First day aku mnta tolong kak anis sbb PAC tu Shah Alam...time g tu sesat....huhu lambt skit sampai...bawah ni aktiviti sepanjang PAC s41 Pegawai Penerangan (Kementerian Kesihatan). Peserta seramai 100 org...di 3 lokasi. So jumlah calon kali ni ialah lebih kurang 300 org...waa nk kna bertarung sbb just 60 org je yg akan berjaya  menempatkan diri sebagai penjawat awam...

8.00 - 9.00 pg      : Pendaftaran dan pemeriksaan kesihatan (timbang berat badan, ukuran tinggi dan                                           ujian pernafasan
9.00 - 10.00 pg    : Taklimat PAC dan pembahagian kumpulan


10.00 - 11.00 pg  : Aktiviti 1- 
11.00 - 12.00 th   : Ativiti 2 - Aktiviti kumpulan kecil, penyelesaian masalah.
12.00 - 1.00 ptg   : Ativiti 3 - Perbincangan kumpulan mengenai kesihatan
2.30 - 4.00 ptg     : Aktiviti 4 - Pengucapan awam - tajuk diberi dalam bahasa inggeris selama 10 minit                                        seorang.

Hari kedua, sesi temuduga di SPA Putrajaya. En mantol tlg hantar...bertolak dah awal tp kebetulan plak ada larian kat Putrajaya. Banyak jalan ditutup...nasib baik x lama.

Sampai je aku terus ke SPA...kebetulan aku dah slalu pergi sana. Bangunan SPA bersebelahan dengan DOS...yg slalu sgt aku pergi...hahahaha

Naik tingkat 3 n daftar. Lepas tu dapat no giliran...Mak ooii tengok no aku...0609...hehehe aku no 8 utk bilik F...so dikira terawal jg la..sebelum lunch aku dh siap...aku calon terakhir sebelum lunch...klo x kna smbung lepas lunch...hehehe


Mcm biasa la penemuduga tu sorng dari SPA n 1 lg dr jabatan yg terlibat (Kementerian Kesihatan). First perkenalkan diri...certa pasal latar belakang keje n study dulu. Yg lama tu kana kaitkan keje, study dlu dgn keje yg dipohon ni...aku kna cam ni...

1. " Baru2 ni ada kes di Kedah pasal makan ayam masak merah di kenduri kahwin dan didapati berlaku keracunan, bincangkan dan sebagai pegawai penerangan kesihatan apa tugas awak?"

2. " Saya dimaklumkan awk kelulusan komunikasi majoring teknologi, kongsikan kepada kami sejauhmana teknologi boleh membantu dalam menyebarkan maklumat kesihatan kepada rakyat di pelbagai peringkat usia dan kawasan dan kaedah yang paling berkesan seperti yg kita lihat, jika kempen mengundi dijalankan ia mendapat sambutan tetapi sekiranya kempen kesihatan, masayarakat ambil mudah dan sambil lewa sahaja.

3. Anda bekerja dalam bidang teknologi, apakah kaedah yang boleh diambil bg mengelakkan penyebaran maklumat palsu dikalangan masyarakat terutamanya maklumat kesihatan. Juga kaedah yg boleh digunakan bg memastikan  hanya pihak tertentu sahaja yang dibenarkan mengeluarkan infomasi tersebut.

ha..amacam..agak2 boleh jwab x???