becauce she is en mantol's wife

Thursday, January 15, 2015

Routine Check Up at KKIA

Ari ni ad rutin check up kat KKAI, dukacitanya en mantol x leh nk hantar n teman kan. So kena la aku drive sendiri ke klinik. Awalnya en mantol x brape nk benarkan, ye la bru 1 week bwa keta...tp aku yakinkan en mantol.

7:10 dh kuar umah, niatnya nk kuar kol 7:00 tp mcm gelap lgi je...so trn lewat skit. Perg...ap lg KL ni....jem la. sik baik smpai klinik 7:40...awal lg...tu pun dh ramai orng, aku no 1007.

Check up darah tinggi aku naik ari ni..139/85. Nurse ckp tanda2 nak kena darah tinggi...waaa. next check up lg 2 weeks...on 29 Jan

Aku tnya la cam neer nk control kan tp bila diberi tahu yg mak n kakak2 de darah tinggi memang x leh nk lari la....trima la seadanya....hahaha

Cuma nurse tu suruh berjaga2 takut terbersalin awal same as Kak Long n Kak Ngah...huhuhu

Ari ni jugak aku cucuk kancing gigi kali kedua...lps cucuk, terus masuk opis. Kira aku time off 35 mnit je...huhuhu

Sunday, January 11, 2015

Dilema Pilih Pengasuh Untuk Our Little Baby

Smua ibu2 kt luar yg bekerja mesti memikirkan hal ni kan...termasuk lah aku ni. Tapi alhamdulillah dah dapt pengasuh yg sesuai. Hopefully anak ibu selesa nnti ye...kejap je ibu tinggal tau, ikutkan ati nk jaga sendiri tp tuntuan keje.huhuhu....

Nak pilih pengasuh ni bukan senang sebenrnya, banyk benda nk kena titik berat. Yela nk tinggal seawal 2 bulan...mesti ibu2 berat ati kan....

Aku ad la wat reserch skit tentang pemilihan pengasuh ni...antaranya:

1. Pengasuh mengamalkan cara hidup islam. Insya Allah sebb pengasuh yg dipilih ni jiran aku sendiri dan die adalah muslim.

2. Pengasuh mengetahi tentang penjagaan bayi dan kanak-kanak. Insya Allah sebb pengasuh ni memang menjaga anak org lain sebelum ni dan setiap kali aku balik keje or g keje slalu terserempak and tengk sendiri die jaga anak org lain sebelm ni. So far ok.

3. Anak anda selesa dan suka kepada pengasuhnya. Belum hantar, insya allah aku akan pantau benda ni.

4. Anda selesa dgn pengasuh anak anda. Walaupun aku x rapat sgt dgn pengasuh ni tp die peramah dgn org setempat.

5. Pengasuh menghormati masa anda.  Belum tau, mudah-mudahan die memahami masa keja aku nanti tp keje aku opis hour. Insya Allah aku akan tepati masa dan klu ad keje tambahan yg perlukan aku balik lambt aku akan berbincang dengan pengasuh n en mantol.

6. Pengasuh sentiasa berkomunikasi dan berhubung dengan anda.  Belum tahu tp selaku pengasuh, die perlu melaporkan sebarang perubahan anak sama ada serius atau tidak. Berhubung dgn anda sekiranya anak menunjukkan sebarang tanda yg kurang baik.

7. Rumah pengasuh yg bersih dan anak anda juga bersih. Belum tahu tapi akan diperhatikan.

Antara tips yg boleh dijadikan rujukan...penting tau...walaupun aku belum lg menghantar anak aku pada pengasuh tu tp aku akan pastikan yang terbaik tuk anak kami nanti...AMIN

Wednesday, January 7, 2015

Cyst Check Up at Hospital Ampang

Berdebar rasa bila nk g compomkan cyst aku ni....KKIA check dah x de n now nk kna compomkan dgn pakar hospital plak. Cam biasa la klo checkup hospital ni kna ambik 1/2 day off la...huhuhu. Org ramai sgt.

Before sampai giliran, nurse panggil tuk dngr sesi kaunseling penyusuan ibu. Actually, aku dh diberi pendedahan pasal ni kat KKIA tp x pelah, dgr skali lg x salah kan. Kot ad maklumat baru. Antaranya seperti kat bawah. petua ni KKIA x bg tau ari tu...

1. Ururtan menggalakkan susu: Akan dilakukan oleh individu lain, terbaik suami.

2. Minum air halba. Rendam dan minum airnya.

3. Posisi penyusuan kna jaga bg mengelakkan ibu penat atau lenguh.


Versi penuh boleh baca kat sini..atas tu just ringkasan yee ibu2

Jom kita fully BF

Bila dh siap sesi tu, tunggu kat luar balik...sbb nk jmpa dr plak. Time jmpa dr tu biasa la...scan scan n scan nk cari cyst tu. Dr kata baby dh besar, nk cri cyst pn dh susah. Tp as long as aku x sakit, ia x memudaratkan. So kesimpulannyakena dtg lg week 36 n after bersalin..huhuhu

Monday, January 5, 2015

Akhirnya...

Jeng jeng jeng...hehehe akhirnya pa???

Akhirnya aku berjaya drive sendiri ke opis...dgn perut dh memboyot aku nekad new year ni aku mesti berani bwa keta ke opis. Takot memang la takut, even opis ngan umah dkt sgt. Aku bawa slow je la kan....asalkan smpai..bab bwa keta x de masalah sgt, yg bermasalahnya adalah nk parking. Aku masih belom boleh nk parking bontot trutamanya parking umah tu sbb memang ad tiang. klo sekadar lapang tu ok lg la....huhuhu

Banyak kelebihan sebenarnya boleh bwa keta sendiri ni. X de la nk harapkan sepenuhnya pada husband. Betol, suami kita mesti akan cuba penuhi, mcm en mantol kesian die terkejar blik kje dr kepong nk ambik aku blik kje. Tu klo die x OST...klo OST cm ner kan. 

Kena fikir jauh jgk, lps ni ad anak. Kbtln en mantol ost, anak demam ke....spe nk tlg. skali 2 boleh la mnta tlg jirn2 tp klo dh kerap..segan jugakkan...

So pada gigilr kat luar tu....beranikan lah bawa keta sendiri. Betol, en husband boleh hantar n jemput keje tp cuba fikir time terdesak...contoh time husband sakit n need to go to the clinic. x larat nk drive, so kita la kna drive. slow x pe, asal brani....good luck ye gigirl kat luar semua.....

Friday, January 2, 2015

Penyimpanan Susu Ibu

Bagi ibu2 bekerja diluar yg bercadang nk fully bf mesti tercari2 cara nak simpan susu ibu kan. Mcm aku la, niat tu memang nak fully bf slagi boleh.

From blog kwn kita ni, boleh dijadikan rujukan untuk ibu2 n bakal ibu2 kat luar yer.. http://wanisuryanie.blogspot.com/2014/02/m2b-cara-cara-penyimpanan-susu-ibu.html


Pembacaan dan pemahaman terhadap cara penyimpanan susu ibu ni penting utk menglakkan pembaziran. Caranya, simpan susu dlm 1-4 auns dalam setiap botol atau plastik khas yang bertanda tarikh dan masa perahan. Ini memudahkan kita masa nk panaskan susu tu nnt, dimana kita akan tak keliru susu mana yg perlu dipasakan dahulu. Simpan susu tanpa menambah air.

Cara mencaikan susu:
1. Cairkan secara perlahan2 - letakkan di dalam peti ruangan biasa, susu akan cair dalam masa 12 jam. Bermakna letakkan susu malm sebelm tido. Elakkan membiarkan susu pada suhu bilik.
2. Cairka secara cepat - letakkan bekas di bawah air yg mengalir (air paip)

Cara memanaskan susu:
1. Rendamkan susu dalam air panas
2. Panaskan susu menggunakan "warmer".
Jgn panaskan susu menggunakan microwave atau pemanasan langsung

Lemak susu akan naik dipermukaan atas susu semasa proses penyimpanan, sebatikan dahulu dengan mengacau secara perlahan-lahan sebelum diberikan kepada bayi anda. Elakkan daripada menggoncang susu tersebut.

Sekiranya susu tidak habis diminum, susu boleh disimpan semula ttp pastikan dalam tempoh 1-2 jam sebelum.


Thursday, January 1, 2015

Birthday Card from RDM...

 SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KE SWEET 29.....

Really?????mcm x percaya je....sbb tu sgaja bold kan tulisan kan....hehehehe. Betol la 2015 ni aku dah 29 tahun...on 01 Januari



Selamat Datang 2015!!!

SELAMAT TAHUN BARU 2015!!!